suria

Tunang bocor rahsia Yonnyboii pernah telefon menangis-nangis, sebenarnya tak pernah ‘couple’ - “Nak panggil sayang macam geli, best friend sendiri”

SETIAP pasangan pasti ada kisah percintaan yang tersendiri.

Begitu juga dengan penyanyi rap Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, dan pasangannya Nina atau Nik Nazira Narriman, 22, yang sebenarnya tidak pernah bercinta seperti pasangan kekasih lain.

Cerita Nina dia menerima lamaran penyanyi lagu Sakit itu kerana percaya bahawa Yonny adalah jodoh terbaik buatnya.

“Dia pun kawan baik sendiri, so dah kenal dah dalam dia apa semua. Hati budi dia semua dah kenal.

“Rasa macam boleh percayalah, sebab Yonny ni memang budak baik, dia bukan jenis yang melepak ke apa ke,” Kata Nina kepada mStar.

Yonnyboii dan Nina selamat mengikat tali pertunangan pada 9 Oktober lalu dan merancang untuk bernikah pada 20 Januari 2022.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi