suria

Dituduh duit tak berkat, Kak KM mengamuk nama kena petik pendakwah selebriti - “Aku bukan jual benda haram”

NAMA menjadi sensasi secara tiba-tiba, usahawan kontroversi iaitu Liana Rosli berang dengan tindakan seorang pendakwah selebriti.

Ujar Liana atau lebih dikenali sebagai Kak KM, dia berasa marah apabila individu tersebut mengaitkan sentimen agama dengan perniagaannya.

“Aku memang tak puas hati sebab dia cakap berniaga dengan cara berdosa, aku bukan jual benda haram dan kenapa nak cakap aku berdosa dan duit aku tak berkat?

“Kau jangan ambil kerja tuhan dan ini aku dah cakap banyak kali, bukan nak kurang ajar... aku tak takut nak cakap dengan kau, kalau kau nak datang face to face dengan aku, aku tak takut!” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, usahawan ini tidak menolok teguran yang diterima namun biarlah ia dilakukan di saluran yang betul.

“Kita kena tengok cara orang tegur, kalau cara tegur kurang ajar macam ini, maaflah kalau jumpa depan-depan pun aku memang tak akan hormat kau!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Kak KM, Usahawan, Kontroversi,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi