suria

Terliur tengok pepes ayam Detektif Lingam, lama senyap rupa-rupanya seronok meniaga di ‘Dapur Gerak Khas’

SINONIM dengan watak Detektif Lingam menerusi drama Gerak Khas, pelakon Deen Maidin gembira melakukan dua kerja dalam satu masa.

Deen atau nama sebenar Shamsuddin Maidin kini aktif dalam bidang perniagaan makanan yang beroperasi di Medan Selera, Taman Kosas, Ampang.

“Saya meniaga dah lebih setahun dah tapi bulan tiga PKP saya tutup dan kita buat online dan di sini saya jual ikan bakar, pepes ayam, kambing bakar, asam pedas dan sotong kangkung.

“Sebenarnya dari dulu lagi saya tolong bapa berniaga di pasar malam dan ada tanya anak-anak mereka pun minat jadi kami buat keputusan ambil kedai kat sini,” katanya kepada mStar.

Walaupun sibuk dengan gerai makanannya, Deen berkata dia masih lagi aktif dalam menerima tawaran berlakon.

“Berlakon pun masih lagi, sekarang ni tengah shoot drama dan kalau tiada shooting saya akan tolong anak-anak di kedai,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi