suria

Ramai sebak tengok Tyzo dukung ibu sedang uzur, lepas rindu lama terpisah - “Jaga mereka sebaik mungkin sementara ada masa”

“SAYA RINDU”. Demikian ungkapan ringkas namun penuh bermakna daripada penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo selepas lama tidak pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan ibunya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujar Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris walaupun sibuk dengan kerja, dia mengambil peluang untuk pulang ke kampung walaupun hanya sempat bertemu ibunya hanya untuk beberapa jam.

“Sebenarnya saya dah lama tak pulang ke kampung, ibu saya berada di Ipoh. Apabila sudah lama tak balik disebabkan PKP dan sebagainya menyebabkan saya rindu sangat-sangat.

“Emak saya umur dah 79 tahun, dah tak sihat... mungkin orang dengar saya kat radio nampak macam saya ceria je tapi jauh di sudut hati apabila ibu tidak sihat, uzur sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada saya,” katanya.

Tyzo sebelum ini berkongsi video dia bersama ibunya menerusi Instagram dan TikTok membuatkan ramai peminat berasa sayu.

“Kalau tengok kat Instagram saya, saya bukan orang yang aktif di media sosial, video itu adalah antara momen yang boleh saya kongsikan dengan peminat yang tak kenal ibu saya.

“Sekurang-kurangnya apabila saya berkongsi video tu, mungkin akan memberikan inspirasi kepada yang lain-lain nak pulang ke kampung, maklumlah kita baru sahaja lepas PKP,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi