suria

Dulu kena kutuk, kini gadis Jerung Merah sudah jadi penyanyi - “Saya rasa suara saya sedap, dengar sendiri nanti”

MESTI ramai yang mengenali sekumpulan gadis yang menggelarkan diri mereka sebagai skuad Jerung Merah di TikTok.

Teknik pemasaran mereka pada mulanya menerima kecaman netizen kerana disifatkan lucu dan pelik.

Namun kini nama Jerung Merah maju selangkah apabila ketua mereka iaitu Siti Sofia Mahyuddin, 23, sudah dilamar syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment.

Sofia bakal melancarkan single pertamanya berjudul Akulah Jerung Merah.

“Dalam masa terdekat ni saya akan lancarkan single pertama saya.

“Saya rasa suara saya sedap dan dah bersedia nak nak penyanyi serta berhadapan dengan komen-komen netizen kalau ada yang kecam,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi