suria

Tak jemu teman kekasih kerja cuci pinggan, gadis SPM cerita asam garam kahwin awal - “Takkan nak simpan cinta sampai tiga, empat tahun?”

BUKAN mudah untuk membuat keputusan berkahwin pada usia yang muda.

Namun Nur Akma Mohd Asri, 17, memilih untuk menamatkan zaman bujangnya walaupun bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Cerita Akma, dia bersetuju untuk menjadi isteri Muhammad Irwan Fahmie Zaiful Rizal, 19, kerana ketelusan hati serta sikap tanggungjawab remaja itu.

“Sejak sebelum kahwin Irwan bantu sara hidup Akma, jadi apabila dia ajak kahwin saya setuju.

“Ramai orang tegur kenapa kahwin awal, tapi biarlah. Orang tak rasa apa yang kami lalui... takkan nak simpan cinta sampai tiga atau empat tahun?

“Nanti akhirnya tak kahwin juga,” katanya kepada mStar.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Mei lalu dan Akma kini sedang hamil anak pertama mereka.

Difahamkan usia kandungannya kini sudah hampir memasuki empat bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi