GELAGAT kanak-kanak bernama Syafie dari Semporna, Sabah ini yang suka menari dengan iringan lagu daripada kumpulan Kpop dari Korea iaitu Blackpink mendapat perhatian di TikTok.
Menurut ibunya Erma Nasaria, 34, anaknya Hamad Syafie Radiansyah, 6, sangat meminati kumpulan Blackpink dan suka menari.
Malah Erma juga berkata dia menyokong minat anak lelakinya itu namun tidaklah sampai membiarkan dia memakai pakaian wanita.
“Saya tidak kisah dia macam mana pun. Memang dia begini sejak kecil jenis yang lembut.
“Sebagai ibu bapa kami sokong minatnya tapi dalam masa sama kami pantau dan tegas.
“Kalau dia pakai pakaian perempuan memang kami marah,” Katanya kepada mStar.
Video Syafie menari lagu Boombayah daripada Blackpink mendapat lebih daripada sejuta tontonan di TikTok.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!