suria

Adik tak sangka kandungan kakak koma enam bulan masih bertahan, doktor siap sedia bedah keluarkan bayi

KISAH seorang wanita hamil bernama Jahidah Nordin yang dipukul suami hingga koma mendapat perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.

Menurut adik kepada mangsa iaitu Fauziah Nordin, 40, apa yang menimpa kakaknya sangat sukar dilupakan dan mereka sekeluarga masih tidak boleh memaafkan suami mangsa.

Cerita Fauziah, pada ketika ini mereka menanti khabar gembira apabila kakaknya itu bakal melahirkan bayinya secara pembedahan pada 1 Disember.

"Masa kejadian pada Mei lalu dia sudah mengandung sekitar empat minggu. Memang tak sangka dia boleh bertahan sampai sekarang selama 36 minggu.

"Saya dimaklumkan semua doktor pakar yang terlibat (pembedahan mengeluarkan bayi) sudah bersedia untuk pembedahan itu nanti," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi