suria

Vida dah terima 60 resume calon PA, gaji boleh cecah RM50,000 kalau perform!

PERKONGSIAN usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang mencari pembantu peribadi dengan menawarkan gaji RM10,000 menarik perhatian netizen di laman sosial.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, sehingga kini dia menerima hampir 60 resume yang membuat permohonan menerusi emel.

“Setakat ini dalam emel dah ada lebih 50 atau 60 resume, kalau mesej peribadi (DM) ada lebih kurang 100.

“Ia menyukarkan pihak kami kerana kriteria handsome memang datang yang kacak-kacak sudah macam nak buat pencarian Hero Remaja pula.

“Tapi perfomance sebagai PA itu tak tahu macam mana lagi,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Vida berkata, dia berharap calon PA yang bakal bekerja dengannya perlu sentiasa bersedia dan berketrampilan kerana bakal menggantikan dirinya menghadiri mesyuarat.

Sementara itu, Vida berkata, jumlah RM10,000 yang diiklankan bukanlah hanya sembang kosong atau ‘scam’, sebaliknya dia boleh memberi jumlah yang lebih tinggi jika mampu melakukan tugas dengan baik.

“RM10,000 tu sebagai geli-geli je bab gaji tu you kena perform lebih dari itu you boleh dapat tau.

“Saya bukan ‘scam’, boleh dapat lebih daripada RM10,000... saya boleh beri RM50,000 tapi kenalah pandai buat kerja,” ujarnya.

Vida turut mendedahkan dia membayar gaji bekas PA terdahulu iaitu ahli perniagaan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli kira-kira RM50,000 hingga RM100,000 setiap bulan.

Sebelum ini, Vida pernah merancang untuk berkahwin dengan Iqbal, namun percintaan mereka terputus di tengah jalan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi