SELEPAS lapan tahun kehilangan pesawat MH370 masih menjadi misteri, namun dakwaan seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey bahawa telah mengesan kedudukan pesawat malang yang kini berada di barat Perth, Australia mendapat perhatian netizen.
Biarpun masih menjadi teori, namun wakil waris kepada salah seorang penumpang pesawat MH370 Anne Nathan iaitu Grace S. Nathan, 34, berharap ada sinar harapan kepada mereka untuk mengetahui di mana pesawat itu sebenarnya berada.
“Mengenai dakwaan itu pihak kami sudah meminta pakar dari negara kita menyemak kembali sama ada betul atau tidak.
“Kami juga berharap penemuan yang baharu ini akna membolehkan pencarian pesawat yang hilang itu dimulakan kembali,” ujarnya.
Dalam pada itu, Grace berkata, biarpun sudah lapan tahun berlalu, dia tidak pernah berasa putus asa dalam usaha mencari jejak terakhir ibunya.
Malah, katanya, selagi tidak mempunyai bukti dan kapal itu tidak dijumpai, dia masih menganggap ibunya masih hidup.
“Walau sudah lapan tahun berlalu saya memang tidak boleh cakap pasal ibu saya dalam past tense, saya cakap mengenai ibu saya dalam present tense,
“Saya tidak pernah boleh sebut dari mulut saya sendiri bahawa ibu saya sudah tidak ada saya tak pernah sebut,
“Saya percaya benda ni boleh dijawab jika kapal terbang itu dijumpai,” katanya kepada mStar.
Untuk rekod seramai 227 penumpang dan 12 orang krew yang terlbat dalam misteri kehilangan MH370.
Misteri kehilangan pesawat MH370 berlaku pada 8 Mac 2014.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!