suria

Bayi usia 3 bulan dipindahkan guna besen, jiran ikat tali takut hanyut banjir... Suara tangisan bikin ramai risau!

PEMUDA dikenali sebagai Firdaus nekad menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan ketika banjir kilat yang berlaku di Batu Tiga, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Ujar Firdaus, ibu kepada bayi tersebut yang merupakan jirannya meminta tolong untuk memindahkan bayinya ke rumah mereka disebabkan paras air yang semakin meningkat dan deras.

"Masa tu air tengah naik dan laju. Rumah saya tinggi sikit daripada rumah jiran sebab ada tembok.

"Jiran panggil saya nak minta tolong pindahkan anak dia masih bayi usia tiga bulan.

"Dia tanya ada bot ke? Saya kata tak ada, lepas tu kami guna besen untuk alihkan bayi tu je sebab air dah makin naik," katanya kepada mStar.

Cerita Firdaus, dia yang dibantu ahli keluarganya terpaksa mengikat tali pada sebatang pokok dan tembok rumahnya untuk memudahkannya berpaut sambil berjalan di dalam air.

"Kita ikat tali pada pokok dan tembok rumah saya. Kemudian kami masukkan bayi dalam besen dan kami berpaut pada tali untuk berjalan.

"Waktu berjalan tu ada la air terpercik sikit dekat baby, dia menangis sikit. Masa tu air memang laju.

"Alhamdulillah baby selamat, mak dia dah bawa ke tempat lain yang lebih selamat,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi