suria

Ustaz ‘nampak’ makhluk halus menyerupai kanak-kanak perempuan ajak remaja hilang di Gua Musang masuk hutan...

"DIA tak sempat kencing..." demikian menurut abang kepada remaja berusia 13 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang selama 30 jam di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan.

Menurut Muhammad Iznun Al Hafiz Mahadi, dia dan keluarga cuba merungkai tentang misteri kehilangan adiknya iaitu Muhammad Iznun Al Hazim dengan menemui seorang ustaz di kampungnya.

"Tentang hal bunian saya tak tahu tapi yang pasti ada kaitan dengan makhluk halus yang tidurkan adik.

"Adik hilang selama tiga hari dua malam, tapi adik kata dia rasa macam tidur selama satu jam sahaja.

"Ustaz ada beritahu Hazim nak pergi kencing, tapi dia tak sempat kencing. Ada orang panggil dia, budak kecil... perempuan yang ajak dia masuk dalam hutang," kata Hafiz kepada mStar.

Pada 9 Januari lalu Hazim yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai itu dilaporkan hilang selepas dikatakan membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya.

Pada malam kejadian dia dikatakan keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam untuk lepak bersama rakan sebelum ibunya menyedari remaja itu tidak pulang kira-kira pukul 3 pagi.

Bagaimanapun Hazim ditemukan sekitar pukul 5.30 petang pada 12 Januari lalu di tepi sungai di Kampung Pasir Linggi, kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi