suria

Mek Yun risau nak balas mesej jejaka Melayu ajak ‘gewe’, TikToker Cina fasih cakap Kelantan makin laris!

POPULAR menerusi aplikasi TikTok, Wee Yun Nee atau lebih dikenali sebagai Mek Yun kini sudah bergelar seorang pelakon.

Ujar Mek Yun, 24, tawaran terjun ke industri seni muncul selepas menjadi sensasi di TikTok menerusi video bertutur dalam bahasa Melayu dan dialek Kelantan dengan fasih.

“Sekarang saya dah mula berlakon, banyak menjadi duta dan jurucakap produk... tapi belum jadi pengacara di TV lagi.

“Saya berlakon untuk filem Mok Joh... belum keluar lagi dan lagi satu Tapai Pulut Opah untuk RTM.

“Buat masa sekarang, saya ingin cuba cari pengalaman dalam industri ini sebab saya belajar kejuruteraan elektrikal... dekat lima tahun dan sekarang saya nak cuba benda lain pula,” katanya kepada mStar.

Sejak makin dikenali, Mek Yun mengakui banyak menerima mesej langsung (DM) di media sosial daripada lelaki yang rata-rata mahu berkenalan.

Namun kata Mek Yun, dia memilih untuk tidak membalas mesej sebegitu namun sekadar mengucapkan terima kasih kerana meminatinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Mek Yun, Pelakon Wanita, Kelantan,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi