LAMA menyepi dalam dunia lakonan, Saharul Ridzwan berkata dia kini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.
Menurut Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 33, sungguhpun rindu untuk beraksi di depan kamera, namun buat masa ini dia memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah.
“Saya pun tak tahulah nak cakap, mungkin gerak hati kot buatkan saya nak berubah. Saya nak belajar solat jemaah di masjid serta belajar ikut sunnah Nabi dengan berniaga.
“Untuk kembali berlakon, saya okey sekiranya ia tidak melanggar batas. Bukan itu saja, kena juga ambil kira proses itu seperti macam mana nak jaga pandangan mata.
“Selain itu bolehkah kita solat tepat pada waktu? Tapi ini adalah kelemahan saya, bukan salah sesiapa,” katanya kepada mStar.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!