suria

Ucap RIP pun tak boleh! Pendakwah tegur peminat Muslim taksub kes Tangmo Nida sampai masuk mimpi

KISAH kematian selebriti Thailand, Tangmo Nida yang mendapat liputan meluas turut menjadi perhatian netizen Malaysia sejak 24 Februari lalu.

Akibat terlalu meminati selebriti berkenaan, ada juga yang mendakwa mimpikan Tangmo Nida.

Susulan daripada itu pendakwah bebas, Furqan Fawwaz memberikan sedikit pesanan kepada umat Islam supaya tidak taksub selain melarang

mengucapkan ’rest in peace’ atau R.I.P kepada mendiang kerana ia seperti satu doa.

“Saya nak tekankan, elak ucap RIP atau rest in peace sebab dia bukan orang Islam.

“Sebab itu adalah satu doa, sebagai orang Islam kita tidak dibenarkan.

“Cukuplah sekadar bersimpati tanpa berlebih-lebih dengan kematiannya,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi