suria

Bukan nak bertanding versi mana lebih sedap, Nikki Palikat harap peminat tak banding vokal arwah Siti Sarah

MEMIKUL tanggungjawab menyanyikan lagu ‘Sudah’ yang sepatutnya dinyanyikan Allahyarham Siti Sarah bukan satu tugas yang mudah.

Kata Nikki Palikat, 37, dia juga berharap agar para peminat tidak membandingkan cara nyanyiannya dengan arwah kerana mereka mempunyai karakter tersendiri.

Niat saya sampaikan lagu ini bukan nak bertanding versi siapa lebih sedap, Sarah bukan orang yang begitu.

”Saya bangga dan ikhlaskan hati untuk rakamkan lagu ini mengikut cara saya sendiri,” katanya kepada mStar.

Nikki ditemui pada sidang media pelancaran lagu Sudah ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Naim Daniel.

Untuk rekod, lagu ini penah dinyanyikan oleh Siti Sarah ketika sesi latihan pada peringkat awal berdasarkan demo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi