suria

Dah 13 tahun Asyiela Putri bawa suara Upin Ipin... Tak berubah langsung, ‘maintain’ sama macam dulu

SELAMA 13 tahun melakonkan suara untuk watak Upin dan Ipin, Asyiela Putri Azhar, tidak pernah bosan untuk terus menjayakan watak animasi popular itu.

Melakonkan watak itu sejak berusia 10 tahun, Asyiela, 22, berkata watak dalam siri animasi terbitan Les' Copaque itu sudah menjadi sebahagian daripada dirinya.

“Saya dah jadi pelakon suara untuk Upin Ipin ni dah 13 tahun.

“Cabaran saya hadapi ialah bila nak melakonkan suara yang beremosi contohnya macam menangis ke atau gelak.

“Dari usia 10 tahun suara dah berubah sebab dulu kanak-kanak senang buat bila dah besar suara dan berubah dan saya cuba untuk cari semula tone suara tu,” katanya kepada mStar.

Ditanya adakah dia sudah bersedia bergelar pelakon, Asyiela memberitahu dia tidak menolak sekiranya diberikan peluang tersebut.

“Kalau berlakon saya tak tahu lagi tapi kalau diberikan peluang saya akan cuba.

“Untuk setakat saya tak ada terima mana-mana tawaran lagi so saya akan bersama dengan Upin Ipin la,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi