suria

Pertama kali dengar rasa ‘berhantu’, lagu Sumpahan Salju tonjol sisi berbeza Ara Johari... Siap menjelma jadi Puteri Jawa

PENYANYI Ara Johari mahu memberikan kelainan menerusi single terbaharunya berjudul Sumpahan Salju apabila menampilkan muzik tradisional jawa yang dimodenkan.

Kata Ara, 25, dia terus jatuh cinta apabila pertama kali diperdengarkan melodi lagu berkenaan.

“Ketika dengar lagu tu terus rasa ‘berhantu’, saya rasa ada sesuatu pada lagu ini.

“Jadi saya terus bersetuju untuk rakam lagu ini, lagi pun saya nak beri sesuatu yang lain daripada kebiasaan,” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi