DEMI menjaga maruah keluarga, pelakon Rita Nadira tidak sekali-kali akan melakonkan sebarang watak kontroversi terutamanya membabitkan aksi ghairah.
Ujar Rita, 25, sebagai pendatang baharu dia berjanji akan lebih berhati-hati sebelum menerima tawaran lakonan.
“Semestinya saya memilih watak yang saya inginkan. Sebab kita bukan bawa nama kita sahaja tapi kita bawa nama keluarga juga.
“Saya cuba elakkan dengan cerita yang boleh menimbulkan kontroversi,” katanya kepada mStar.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI