suria

Fazura syukur bisnes tudung berjaya, seronok dapat bantu suri rumah sampai ramai dah keluar Vellfire!

LAMA tak muncul dalam drama dan filem, pelakon Fazura mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran.

Biarpun menerima banyak tawaran, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 39, berkata, dia terpaksa menolak kerana sering mendapat watak klise berkaitan cinta tiga segi.

Katanya, dia mungkin akan mempertimbangkan jika watak tersebut menarik dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Offer yang Faz dapat yang banyak-banyak tu pun tiada yang memikat hati.

“Tak naklah buat benda yang sama balik-balik cinta tiga segi, boring dan tiada manfaat,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fazura berkata, dia kini lebih memberi perhatian kepada perniagaan tudung jenamanya.

Malah, dia juga baharu sahaja melancarkan telekung miliknya yang berharga mampu milik.

“Ini adalah salah satu doa dan impian terbesar saya. Saya memang merancang dan berdoa pada Allah dan Allah makbulkan dengan begitu cantik dan penuh kesyukuran.

“Telekung ini harga yang mampu milik sebab saya mahu semua orang pakai,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang perniagaan yang semakin berkembang, Fazura bersyukur dengan rezeki yang diberi kepadanya.

“Alhamdulillah saya rasa bertanggungjawab dekat suri rumah yang ingin mencari pendapatan. Mereka semua bermula dari kosong tapi sekarang ramai dah keluar Vellfire every week dah” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi