KELAYAKAN Aina Abdul memenangi trofi Vokal Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke36 (AJL36) Ahad lalu tidak perlu dipertikaikan lagi.
Menurut guru vokal iaitu Syafizawati Sharif atau lebih mesra dipanggil Cikgu Shafi, sudah tiba masanya kualiti vokal Aina diiktiraf di pentas berprestij seperti AJL.
“Saya setuju dengan keputusan juri memilih Aina untuk anugerah vokal terbaik sebab dia dah tunggu lama.
“Bagi peluang sebab anugerah ni boleh inspirasi kepada penyanyi untuk berkarya lagi.
“Takkan kita nak kecewakan Aina lagi sekali, vokal adalah anugerah Allah,” katanya kepada mStar.
Terdahulu, Ketua Juri AJL36, Datuk Mokhzani Ismail mengakui kemenangan Aina begitu tipis berikutan Marsha mengekori rapat daripada belakang.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI