suria

Bergurau tak bertempat, hempuk meja makan depan rezeki... Pelakon Izuan Razali buat hal lagi! Pedih telinga dapat soalan panas

PELAKON Izuan Razali meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir netizen yang mengecam konten yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok miliknya.

Ujar Izuan, 30, dia menerima kecaman yang teruk selepas berkongsi video ‘prank’ di platform berkenaan.

“Isu yang viral sekarang ini saya buat content tepuk-tepuk meja tanpa pemilik kedai tahu... saya nak minta maaf dengan pemilik sebab saya buat content di situ.

“Tapi sekarang saya tak puas hati netizen kerana ganggu keluarga saya sampai keluarkan kata-kata kesat, korang nak apa sekarang! kalau tak puas hati datang jumpa saya!” katanya kepada mStar.

Ujar Izuan yang sering mengalas watak antagonis, dia bersifat terbuka menerima teguran orang ramai namun jika melalui cara yang betul.

“Kalau korang tak nak saya buat content macam itu, korang mesej atau jumpa saya secara peribadi dan saya boleh terima.

“Saya juga manusia biasa, ada perasaan gembira, yang saya sedih sekarang ini apabila ia melibatkan keluarga, saya berharap agar netizen berhenti menganggu keluarga saya,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Izuan Razali, Viral, TikTok,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi