MENERIMA berita sedih pemergian nenek kepada Aliff Aziz iaitu Rahmah Ismail ketika menjalani kuarantin selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah menjadi detik yang sangat menyedihkan buat Bella Astillah. Apalagi dalam keadaan sudah lama berjauhan dan tidak dapat pulang ke Singapura menziarah jenazah Allahyarham buat kali terakhir. ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali tunai umrah, Aliff Aziz mohon maaf andai pernah gores hati sesiapa ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz bimbang video imamkan solat ganggu niat baiknya “Sejak nenek Aliff tenat lagi kami dah rancang untuk balik ke Singapura, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Tak sangka arwah pergi dalam keadaan kami tidak dapat ke Singapura. “Aliff tidak berhenti menangis di bilik hotel. Dia juga banyak mendoakan kesejahteraan arwah ketika mengerjakan umrah. “Nenek seorang yang sangat baik dan arwah selalu masak masakan istimewa kalau kami ke sana,” ujar Bella kepada mStar. Aliff berkongsi berita sedih kehilangan nenek di Instagram Allahyarham meninggal dunia pada 23 Februari di usia 80 tahun. Bella ditemui ketika hadir bersama Aliff yang menjadi juri pada program Big Stage 2022 minggu keempat di Putrajaya pada malam Ahad. Bercerita pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, kata Bella dia sangat bersyukur kerana berpeluang ke sana bersama suami dan juga ibu bapanya. Ketika di sana, saya sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga dan semoga hubungan kami suami isteri akan kekal hingga ke jannah BELLA ASTILLAH PELAKON/PENYANYI Bella berkata, semestinya kesejahteraan keluarga dan jodoh berpanjangan antara doa utama sepanjang mengerjakan ibadah di sana. “Syukur dan teruja kerana ini adalah pertama kali saya mengerjakan umrah dan yang paling bermakna adalah dapat pergi bersama suami dan ibu bapa saya. “Ketika di sana, saya sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga dan semoga hubungan kami suami isteri akan kekal hingga ke jannah,” katanya. Bella turut memberitahu dalam kebimbangan dengan jangkitan virus Covid-19, Aliff sentiasa menasihatkan agar hanya berserah kepada Allah. Aliff dan Bella bersyukur diberi peluang mengerjakan ibadah umrah “Ibu bapa saya sudah berusia, jadi memang risau jika terkena jangkitan sebab di sana ramai jemaah dari seluruh dunia. “Bagaimanapun Aliff sangat positif. Katanya mana pun kita berada virus Covid-19 tetap boleh berjangkif. Jadi hanya berserah kepada Allah. “Alhamdulillah tiada sebarang gejala dan kami semua sihat,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!