suria

Roslan Shah rebah di WHI akibat tekanan darah tinggi, Hawa Rizwana panik pertama kali berlaku ketika siaran langsung

Roslan dilihat terbauk-batuk sebelum rebah ketika menjadi tetamu WHI

PENGACARA sensasi Roslan Shah secara tiba-tiba rebah ketika menjadi tetamu dalam rancangan Wanita Hari Ini yang bersiaran secara langsung pada Isnin.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak TV3, Roslan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan kini berada dalam keadaan stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida makin ‘hot’, Roslan Shah pula mimpi naik pelamin- “Saya terus hubungi dia pukul dua pagi... Iqbal pun saya hantar mesej”

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah lesu baca berita, Hawa Rizwana bukan mengantuk tapi menghayati! - “Saya tak boleh kawal mimik muka bila sampaikan berita serius”

“Sebaik sahaja kejadian itu pihak produksi memanggil panel doktor di Sri Pentas untuk memeriksa kesihatan Roslan.

“Dia sedar dan memberi respons sepanjang tempoh itu dan didapati mengalami tekanan darah tinggi.

“Beliau dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut. Ujian saringan RTK juga dimaklumkan negatif,” ujar kenyataan media yang diterima.

Roslan menjadi tetamu rancangan itu bagi membincangkan topik bertajuk Si Mulut Tempayan bersama dua pengacara iaitu Hawa Rizwana dan Fatin Hamimah.

273965099_2091240707702107_7845840494196027613_n (1)

Hawa berkongsi rasa panik pertama kali berhadapan dengan situasi sebegini

Sementara itu, berkongsi situasi ketika bersiaran langsung, Hawa mengakui panik namun terpaksa meneruskan rancangan tersebut secara tenang.

“Kejadian seperti ini pertama kali terjadi sepanjang saya menjadi pengacara.

“Memang panik seketika, namun team produksi berjaya untuk tenangkan saya bersama rakan pengacara. Kami harus teruskan rancangan hingga ke akhir.

“Saya harap Cik Lan (Roslan) berada dalam keadaan baik,” ujar Hawa ketika dihubungi mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain