suria

Lima lagi artis positif, Aishah Azman bimbang jangkiti ibu… Elizabeth Tan tunjuk kit ‘double line’, tak dapat lari daripada Covid-19

Aril, Elizabeth dan Aishah Azman positif Covid-19.

PENINGKATAN jangkitan virus Covid-19 nampaknya semakin berleluasa, setiap hari angka jangkitan mencecah puluhan ribu dicatatkan di Malaysia.

Dalam jangkitan yang tinggi itu, beberapa selebriti pada Isnin turut memaklumkan positif Covid-19.

Antaranya pelakon Aishah Azman yang mengalami batuk dan selsema sejak Sabtu sehingga menerima keputusan Positif Covid-19 pada Ahad.

Menjalani kuarantin kendiri di bilik, Aishah atau Nor Aishah Afika Azman Shah bersyukur dia tidak mengalami gejala yang teruk seperti demam.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah Azman, Sharifah Rose masuk kelas lakonan Nabila Huda - “Semua pelakon lalui fasa ini, terpulang nak perbaiki atau stay jadi kayu”

Bagaimanapun, pelakon berusia 25 tahun ini mengakui dia berasa bimbang dengan keadaan ibunya yang berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan.

Aishah 2Aishah turut berkongsi perkara itu di Instagram.

"Saya mula batuk dan selsema sejak Sabtu dan terus buat ujian calitan. Saya disahkan positif Covid-19 sehari selepas itu.

"Alhamdulillah, tak ada demam atau simptom yang teruk dan harap dijauhkan la. Alhamdulillah, semua ahli keluarga tidak dijangkiti virus itu.

"Sebenarnya saya paling risau ibu sebab kami selalu tidur sama-sama. Ibu pula ada banyak penyakit antaranya diabetes, jantung, asma dan darah tinggi.

"Tapi buat masa sekarang, ibu dan ahli keluarga lain tak ada apa-apa. Saya pun kuarantin seorang diri dalam bilik," katanya kepada mStar.

Alhamdulillah, semua ahli keluarga tidak dijangkiti virus itu.

AISHAH AZMAN

PELAKON

Sebelum ini, pelakon drama siri Lockdown itu berkongsi video di Instagram dia melakukan ujian calitan dengan kapsyen mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan agar aktres tersebut diberikan kesembuhan dengan cepat.

Dalam pada itu, adik aktor Afiq Muiz ini enggan meletakkan kesalahan kepada sesiapa kerana menganggap ia ujian buat dirinya.

"Saya tak pasti punca dari mana. Tak tunding jari pada sesiapa. Saya anggap ini hadiah daripada Allah. Virus omicron sekarang ini tengah merebak laju.

Sherry 1

Sherry tidak dapat mengacarakan Big Stage pada Ahad disebabkan positif Covid-19.

"Kita pergi kedai runcit beli sayur pun kalau masa itu nak jangkit, akan jangkit juga walaupun kita dah pakai pelitup muka.

"Sebelum kena Covid-19, memang setiap hari saya amalkan minum air kosong dan ambil vitamin C. Tapi dah nak kena, akan kena juga," ujarnya.

Selain Aishah Azman, penyanyi Datuk Aishah turut memberitahu dijangkiti virus berkenaan buat kali kedua.

Penyanyi lagu Janji Manismu ini berkongsi berita itu di laman sosialnya pada malam Ahad dengan meminta sesiapa bertemu dengannya membuat ujian saringan.

Aishah 3

Aishah dijangkiti Covid-19 buat kali kedua.

"Assalamualaikum semua. Ini baru betul-betul ketentuan takdir. Hari itu, selepas menerima suntikan dos penggalak, saya diminta Presiden Aishah FC, Dr. Nazlin buat ujian saringan.

"Hari pertama keadaan saya baik-baik sahaja. Namun, selepas membuat ujian menerusi kit ujian kendiri, saya didapati positif Covid-19 untuk kali kedua.

“Saya juga buat ujian itu untuk kali kedua dan keputusannya tetap sama. Rasa sakit teramat dan saya betul-betul tidak larat. Simptom yang saya alami ini sama seperti simptom klasik yang pernah saya baca sebelum ini.

“Masa mula-mula kena, saya tidak ada batuk atau hidung berair. Tetapi kali ini, keadaannya sangat teruk,” ujarnya.

Elizabeth

Elizabeth kongsi keadaan dirinya di Instastory.

Sementara itu, penyanyi lagu knock-Knock, Elizebeth Tan turut memberitahu dijangkiti virus berkenaan pada Isnin.

Elizebeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy ini menunjukkan kit ujian kendiri yang memaparkan 'double line' di instagram story miliknya.

"Guys, can't run from corona (Tak dapat lari daripada coronavirus)" tulisnya.

Selain itu juga, pengacara Sherry Alhadad turut mengesahkan dirinya positif Covid-19 punca dia tidak muncul bergandingan dengan Aliff Satar pada di pentas Big Stage 2022 minggu keempat malam Ahad.

Sherry memaklumkan berita itu di Instagram bersama keputusan ujian saringan yang menunjukkan dirinya dijangkiti.

"Terima kasih atas doa kalian semua. Semoga semuanya dipermudahkan dan semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

"Insya-Allah kita jumpa minggu depan di konsert Big Stage," tulisnya.

Aril 1

Aril sekeluarga disahkan positif Covid-19.

Selain itu juga, pengacara Aril Pilus juga memaklumkan dia dan isteri serta anaknya dijangkiti virus berkenaan.

Dia juga meminta orang ramai mendoakan kesihatan mereka sekeluarga pulih secepat mungkin.

"Bismillahirrahmannirahim, dengan rendah hati kami sekeluarga memohon anda semua mendoakan kesihatan keluarga kami dan semoga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah dan terhindar dari segala penyakit merbahaya... amin!

"Ya Covid itu benar dan kami telah laluinya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain