suria

Seminggu tahan sakit, buku lali Wani Kayrie masih bengkak gara-gara terjatuh ketika main badminton

Keadaan buku lali kaki kanan Wani bengkak selepas jatuh ketika main badminton.

GARA-GARA terjatuh ketika bermain badminton pada Selasa lalu, penyanyi Wani Kayrie menanggung kesakitan di buku lali kaki kanan selama seminggu.

Menurut Wani atau nama sebenarnya Syazwani Maisarah Abdullah, bahagian buku lali berkemungkinan retak memandangkan keadaan kakinya masih bengkak.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat nak ‘jodohkan’ dengan Aniq Suhair kerana nampak serasi... Wani Kayrie tak selesa timbul gosip nakal

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun pandu kereta terpakai, Wani Kayrie akhirnya mampu beli Mercedes-Benz CLA180 cecah RM200,000

"Kaki saya bengkak sebab terjatuh masa main badminton pada Selasa lalu. Masa itu, kaki saya terlipat sampai buku lali kena lantai.

Sehari selepas jatuh, saya ada buat persembahan di sebuah majlis.

WANI KAYRIE

PENYANYI

"Ingatkan lama-kelamaan akan baik tapi sampai sekarang masih tak boleh nak pusing kaki kiri dan kanan. Ada kawan kena macam saya juga.

"Selepas dia periksa kaki di hospital, rupa-rupanya ada retak. Insya-Allah saya akan buat pemeriksaan juga sebab bimbang retak," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang itu berkongsi foto di Instastory memperlihatkan keadaan kaki kanan bahagian buku lalinya bengkak.

Malah Wani juga pernah memuat naik semula video peminat merakam dia sedang menari ketika membuat persembahan biarpun kakinya bengkak.

Wani 1

Wani tetap teruskan persembahan biarpun kaki kanannya bengkak.

Dalam pada itu, Wani memberitahu dia masih mampu berjalan seperti biasa tanpa meletakkan beban di kaki kanannya.

"Sepanjang hampir seminggu ini, memang saya boleh jalan macam biasa. Tapi tak boleh nak letakkan beban pada kaki kanan.

"Bila nak menapak tu, saya kena langkah guna tumit dahulu... tak boleh guna jari depan. Sehari selepas jatuh, saya ada buat persembahan di sebuah majlis.

"Kena tahan sakit sikit sebab nak tak nak, saya kena kerja juga. Masa buat persembahan, tak rasa sakit. Tapi lepas itu baru terasa," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain