suria

Bahu terasa berat, Aisha Retno sempat baca ayat Kursi sebelum nyanyi lagu Lathi

Persembahan Aisha berjaya memikat hati juri dan berada di kedudukan teratas

MEMBAWAKAN lagu berjudul Lathi pada minggu keempat Big Stage 2022 (BS22), penyanyi Aisha Retno memberitahu ada terasa sesuatu yang tidak kena di awal persembahan pada malam Ahad lalu.

Menceritakan hal tersebut, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam, 22, memberitahu dia sempat membaca ayat suci al-Quran sebelum mula menyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno selami cerita cinta Shuib dan Siti Sarah, kisah berjauhan dengan bapa juga ada kaitan dengan lagu ‘Kesetiaan’

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno akui tertekan bawa karya sendiri, harap pendengar rasa rintihannya dalam Nukilanku

“Ketika berada di atas pentas, bahu saya terasa berat. Saya sempat membaca ayat Kursi sebelum mula menyanyi.

“Saya hanya berfikiran positif dan anggap mungkin disebabkan terlalu penat. Syukur persembahan berjalan lancar,” katanya kapada mStar.

aisha 2

Persembahan Aisha pada minggu keempat BS22

Lagu yang dipopularkan oleh Sara Fajira dan Weird Genius itu pernah menjadi tular kerana dikatakan mengandungi unsur mistik dan pemujaan.

Bagi Aisha yang mempunyai darah kacukan Jawa, lagu tersebut sebenarnya banyak memberi nasihat dan bukan seperti mana yang diperkatakan.

Saya hanya berfikiran positif dan anggap mungkin disebabkan terlalu penat

AISHA RETNO

PENYANYI

“Saya faham bahasa Jawa dan lagu tersebut tidak langsung punya unsur mistik.

“Ia banyak memberi nasihat dan ekspresi yang saya buat pada malam itu hanya untuk menghidupkan persembahan,” katanya.

Sementara itu, Aisha yang sudah dua minggu berada di kedudukan teratas tidak mahu duduk selesa.

Setiap minggu dia pasti akan melalui cabaran berbeza dalam melakukan tugasan yang diberikan.

Aisha juga berdebar menunggu konsert akan datang kerana bakal membawakan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Cindai.

ajai 1

Ajai memberi cabaran kepada semua peserta bawa lagu Siti Nurhaliza pada konsert akan datang.

“Tidak kira di kedudukan atas atau bawah, beban untuk membuat persembahan itu sudah tentu ada. Saya hanya mahu lakukan yang terbaik.

“Saya sentiasa set dalam fikiran ini adalah satu kembara muzik untuk cuba pelbagai genre. Selebihnya saya serahkan kepada juri untuk menilai.

“Konsert akan datang sangat mendebarkan kerana kami akan bawakan lagu popular yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain