suria

Qush PA baharu Vida memang soft spoken! Paling penting masih single, tapi harap bakal kekasih tak cemburu buta

RAMAI yang tertanya-tanya tentang identiti pembantu peribadi (PA) baharu Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Qush.

Sejak namanya diumumkan sebagai PA, pelbagai andaian dibuat terhadap Qush atau Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar, 26, hingga dilabelkan sebagai lelaki lembut atau ‘adik-adik’ serta ‘anak ikan’ kerana dikatakan memiliki wajah tampan.

Namun bagi Qush, dia tidak kisah dengan andaikan berkenaan kerana baginya tugas yang diamanahkan adalah lebih penting.

“Saya bukan anak ikan, kalau ya pun tapi tak boleh buat kerja tak guna juga.

“Tujuan saya terima tawaran menjadi PA Datuk Seri Vida adalah untuk menimba ilmu dalam bidang perniagaan,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi