suria

Sembilan tahun menjanda, Syura kekok pegang tangan suami... Rasa macam pertama kali kahwin

SEMBILAN tahun bergelar ibu tunggal penyanyi Syura akui berasa kekok selepas kembali berumah tangga dengan pasangannya Farizat Ismail.

Ujar Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 36, dia berasa kehidupannya kini lebih lengkap dengan kehadiran suami disisi.

“Alhamdulillah kehidupan semakin lengkap sebab dah ada teman selepas sembilan tahun.

“Satu environment yang baru dan satu vibe yang baru untuk saya dan anak-anak.

“Memang kekok pada awalnya, betul ke tak perasaan ni. Walaupun dan pernah berkahwin tapi jarak sembilan tahun tanpa pasangan tu, saya masih dapat rasa momen pengantin baru,” katanya kepada mStar.

Tambah Syura dia bersyukur apabila anak-anaknya juga dapat menerima kehadiran Farizat sebagai bapa tiri mereka.

“Saya dah kenal dengan suami sejak lima tahun. Jadi apabila dia kenal saya, secara automatik dia akan kenal anak-anak juga.

Chemistry dia dengan anak-anak sangat baik. Anak-anak terlebih gembira apabila dapat tahun saya nak berkahwin,” ujarnya.

Syura berkahwin dengan Farizat pada 22 Januari 2022 di Masjid As-salam, Puchong Perdana.

Untuk rekod, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin berpisah pada Ogos 2015 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 13, Nurul Qaisara Sofia, 11, dan Muhammad Irfan Aryan, 9.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi