suria

Aisha Retno selami cerita cinta Shuib dan Siti Sarah, kisah berjauhan dengan bapa juga ada kaitan dengan lagu ‘Kesetiaan’

MENYANYIKAN lagu kesetiaan yang dipopularkan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Aisha mengakui ada cerita tersendiri yang berkait dengan lagu tersebut.

Menurut Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 22, dia pernah berjauhan dengan bapa kandungnya kerana mengikut ibunya yang perlu menghabiskan pengajian di Indonesia.

“Saya lahir di Malaysia, kemudian ibu saya kena sambung pengajian dekat Indonesia. Jadi waktu kecil saya tak dapat kasih sayang daripada seorang bapa.

“Tapi sebab mereka setia with each other, akhirnya saya kembali ke sini. Masa tui baru saya rasa macam ni keadaan beautiful family,” katanya kepada mStar.

Pada minggu ketiga Big Stage 2022, Aisha menduduki tempat pertama dengan 82 peratus menewaskan 10 peserta lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi