suria

Sofiaa Marieylla tak sedar selit loghat Terengganu ketika menyanyi, naik pentas ‘auto’ tukar ikut cara bercakap

MENYANYIKAN lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu pada minggu ketiga di Big Stage 2022, penyanyi Sofiaa Marieylla dikritik juri tetap yang juga penyanyi asal karya berkenaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selain nyanyian agak ‘keras’, Siti Nurhaliza juga menegur sebutan Sofiaa yang kedengaran pekat dalam loghat Terengganu.

Namun menurut Sofiaa atau Wan Siti Maryam Wan Mahyudin, 22, gagal mengawal perasaan gugup menjadi faktor dia melakukan kesilapan sedemikian.

“Waktu practice okay, tapi apabila naik ke pentas dia ‘auto’ tukar. Tapi selepas dapat komen macamtu, saya tahu kelehaman.

“Jadi Sofiaa kena dengar semula kemudian practice untuk improve lebih baik,” katanya kepada mStar.

Pada minggu ketiga Big Stage 2022, Sofiaa berada di tangga kedua tercorot dengan markah 44.2 peratus.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi