suria

Neelofa ingat rutin berpantang macam pergi spa boleh mengurut dan bersauna... Baru sedar kena berkurung dalam rumah

IBU kepada selebriti popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menyerahkan kepada Neelofa untuk berkongsi gambar cucunya, Muhammad Bilal kepada umum.

Ujar Kartini, sehingga kini dia tidak pernah bertanya kepada anaknya kerana ingin menghormati privasi dan pilihan Neelofa.

"Saya pun tak tanya bila dia nak kongsikan, sebenarnya keluarga terdekat pun tak dapat lagi gambar Bilal.

"Family kat Kelantan pun tak tahu. Saya sendiri pun tak ada la ambil gambar Bilal untuk share.

"Saya respect dia," katanya kepada mStar.

Selain itu Kartini juga berkongsi keadaan terkini Neelofa yang masih dalam fasa berpantang.

"Haritu dia berpantang kat hospital seminggu, lepastu berpantang di rumah saya sekejap... kemudian dia berpantang kat rumah dia sendiri.

"Dia rasa lebih selesa sebab barang baby ni banyak. Saya akan luangkan masa dengan dia dalam empat ke lima jam sehari.

"Sebagai ibu saya bagitahu la perkara-perkara lain semasa berpantang," ujarnya.

Untuk rekod Neelofa dan pendakwah Harris Ismail mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka selamat menimang cahaya mata pertama 29 Januari lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi