suria

Gunalah kelambu atau nursing cover, PU Amin tegur Kak KM... Rakam video menyusu anak umpama hebah dosa sendiri

TEGURAN demi teguran diberikan kepada usahawan sensasi Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM berhubung video dia menyusukan anak di tempat awam.

Pencetus Ummah (PU) Amin turut memberi teguran dan nasihat kepada usahwan tersebut yang dianggap keterlaluan.

“Kita ada adab untuk menyusukan anak, paling penting kita sebagai orang Islam ada etikanya.

“Bukan tak boleh menyusukan anak di tempat awam, tapi gunalah kelambu atau kain untuk menutup.

“Ataupun cari tempat-tempat yang sesuai dan tidak menimbulkan sebarang keraguan," katanya kepada mStar.

Kata PU Amin, walaupun telah beberapa kali ditegur namun usahawan tersebut kerap muncul dengan kandungan video yang mengundang kecaman netizen serta dianggap keterlaluan.

“Bukan kita tak tegur, dah banyak kali buat teguran tapi dia suka dengan gaya hidup macam itu.

“Maka biarlah, tanggungjawab kita dah selesai dan kita dah sampaikan,” ujarnya.

Baru-baru ini, perkongsian Kak KM di Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video sedang menyusukan anaknya berusia dua bulan di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Namun menerusi kenyataan kepada mStar, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini mempertahankan tindakan itu kerana menurutnya dia tidak mendedahkan bahagian payudara kepada orang ramai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

PU Amin, teguran, susukan anak, Kak KM


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi