suria

Erin Malek korban dunia lakonan demi besarkan anak, tunggu masa sesuai untuk buat ‘comeback’

LAMA menyepi daripada dunia seni, pelakon Erin Malek mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran.

Bagaimanapun, Erin atau nama sebenarnya, Nur Arina Abdul Malek, 28, sekarang bukan masa yang sesuai kerana anak-anaknya sedang membesar dan memerlukan dia di sisi.

"Bukan memilih untuk tidak aktif tapi saya hanya ambil rehat yang agak lama juga bagi saya.

"Saya ambil masa lama ni sebab anak saya masih kecil lagi, saya percaya rezeki ada di mana-mana," katanya kepada mStar.

Tambahnya, dia masih menerima banyak tawaran berlakon namun terpaksa menolak dengan cara yang baik.

Kata Erin, dia akan kembali sekiranya benar-benar sudah bersedia.

"Alhamdulillah sampai sekarang masih ada lagi tawaran untuk berlakon tapi disebabkan masa yang padat menyukarkan saya untuk kembali.

"InsyaAllah sekiranya betul-betul lapang dan bersedia untuk berlakon semula saya akan muncul," ujarnya.

Erin Malek mendirikan rumah tangga dengan Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Faliq Mohamed Fariz, 6, dan Nur Aisha Mohamed Farriz, 5.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Erin Malek, berlakon, sibuk jaga anak


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi