suria

Badan lemah, kurus kering macam orang sakit... Faizal Ismail tak sangka hijrah ke jalan Allah penawar paling mujarab!

PELBAGAI cabaran dan ujian ditempuhi sehingga mengganggu kesihatan fizikal dan mental tanpa diketahui punca sebenar.

Itu yang berlaku kepada pengacara Faizal Ismail, 46, yang diuji dengan kekusutan hingga sukar untuk tidur selama kira-kira lima bulan.

“Allah uji dekat saya tak boleh tidur malam selama lima bulan.

“Doktor sahkan saya tak ada apa-apa masalah kesihatan dan saya pun dah buat perubatan Islam untuk tahu mungkin ada sakit lain.

“Rupa-rupanya ini ujian Allah kepada saya supaya lebih mendekatkan diri kepada-Nya,” katanya kepada mStar.

Ketika ditanya tentang perkembangan kerjayanya dalam industri hiburan, Faizal berkata dia mengambil keputusan untuk berhenti sepenuhnya dan tidak melibatkan dalam dunia hiburan kecuali program yang bercorak Islamik.

“Saya tak nak lagi berada dalam bidang hiburan secara keseluruhan kecuali kalau program itu berbentuk Islamik dan unsur dakwah insyaAllah saya akan libatkan diri,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi