suria

Ini punca Marsha tewas, rupa-rupaya vokal Aina Abdul lebih berat dan bulat... Tapi Cikgu Shafi kata tak menang pun tidak mengapa

TRENDING nombor satu di YouTube, persembahan Marsha Milan pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke36 (AJL36) pada Ahad lalu terus menjadi perbualan netizen di laman sosial.

Rata-rata mengharapkan penyanyi tersebut dapat membawa pulang anugerah vokal terbaik pada malam tersebut.

Namun menurut guru vokalnya iaitu Syafizawati Sharif atau lebih mesra dipanggil Cikgu Shafi, Marsha dikesan melakukan beberapa kesilapan kecil ketika menyampaikan lagu Cinta.

“Ini pendapat peribadi saya, kalau lihat daripada segi penyampaian lagu ini... lirik dan melodinya diletakkan pada pitch tertentu, agak susah kita nak rasa feel.

“Marsha juga terlalu meletakkan banyak perasaan pada lagu tersebut sehingga hilang pure maksud perkataan yang disebutnya itu.

“Tapi Marsha punya performance sangat all out. Dia tak menang vokal terbaik pun tak mengapa tapi dia siapkan lagu dan beri persembahan yang kita ingati,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik (Stacy) dan Hang Nadim (Akim) itu berjaya menjadi naib juara selain persembahan Marsha diangkat sebagai Persembahan Terbaik AJL36.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi