suria

Fizi Ali mahu beri ruang untuk Shakilla, tak terburu-buru fikir soal kahwin semula... Paling penting sepakat jaga anak

SAMBUTAN hari ulang tahun kelahiran anak kepada penyampai radio Suria FM iaitu Ameena Sofia baru-baru ini menjadi bualan ramai.

Paling menyentuh perasaan apabila Fizi dan bekas isterinya yang juga pelakon Shakilla Khoriri dilihat mesra bagi memastikan anak mereka gembira.

Rata-rata netizen terus mendoakan agar kedua-dua mereka kembali bersatu sebagai pasangan suami isteri demi kepentingan anak.

Namun bagi Fizi, dia menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

“Bukan tak terfikir untuk kembali demi anak, tapi buat masa ni biar Killa dan saya rasa okey sedikit.

“Maksudnya bagi masa untuk diri sendiri, tapi kalau tak ada jodoh tetap tak boleh buat apa.

“Tapi yang penting anak kami dapat dibesarkan dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada mStar.

Fizi dan Shakilla mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021.

Mereka berkahwin pada Februari 2018 dan mempunyai seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi