suria

Vida tak boleh jadi ‘Robin Hood’, ajak kumpul saham akhirat tapi suruh tonton MV ada unsur maksiat!

SERUAN Datuk Seri Vida agar orang ramai menonton video muzik (MV) terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan bagi mengumpul saham akhirat mengundang rasa kurang senang ramai.

Menurut pendakwah bebas PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, kenyataan Vida bahawa penghasilan single lagu berkenan adalah sebagai usahanya menyiapkan pusat tahfiz miliknya iaitu Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak adalah salah.

“Tak boleh jadi sifat Robin Hood dan sebagainya. Kerana mahu melakukan kebaikan kepada Allah, namun dalam masa sama melakukan kemaksiatan kepada Allah.

“Tak boleh lakukan perkara maksiat, namun di hujungnya kita katakan demi mendapatkan reda Allah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Isnin Vida atau Hasmiza Othman berkata, dia mahu mengajak orang ramai dan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.

“Lagu dan MV ini sebagai saham akhirat saya dalam menyiapkan pusat tahfiz selain ingin menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Ditambah pula kita tidak lama lagi bakal menyambut Ramadan, jadi saya kira ini peluang untuk kita menambah dan mendapatkan pahala berganda sekali gus diberkati Allah SWT,” kata Vida.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi