suria

[VIDEO] Hormon kacau bilau semasa 40 hari berpantang, Neelofa jadi tenang tengok wajah Bilal

BERGELAR seorang ibu membuka mata usahawan dan pengacara terkenal Neelofa tentang betapa beratnya menggalas tanggungjawab tersebut.

Bagaimanapun, menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, segala masalah yang dihadapi hilang dan hati lebih tenang tatkala melihat wajah anak tersayang, Muhammad Bilal.

ARTIKEL BERKAITAN: Lambat lagi Neelofa nak kongsi wajah Bilal, tunggu besar sikit... Bimbang terkena penyakit ain

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa ingat rutin berpantang macam pergi spa boleh mengurut dan bersauna... Baru sedar kena berkurung dalam rumah

“Rasanya setiap ibu berhadapan dengan cabaran tersendiri dalam menguruskan anak kecil mereka.

“Apa lagi ketika tempoh berpantang dan keadaan diri di mana hormon masih belum stabil.

“Bagaimanapun betul kata orang semua persoalan akan terjawab selepas 40 hari berpantang.

“Semunya menjadi lebih baik apabila seorang ibu itu selesai menjalani tempoh berpantang.

neelofa 3

Neelofa bersama suami PU Riz

“Walau apa pun cabaran yang datang, saya akan sentiasa rasa tenang setiap kali melihat wajah anak,” katanya kepada mStar.

Neelofa melahirkan anak lelaki pertama pada 29 Januari lalu.

Kata Neelofa juga, dia banyak bertanya kepada rakan-rakan tentang tip penjagaan anak setiap kali merasa keliru.

Selain itu, dia sentiasa mengikut nasihat doktor dan tidak mempunyai sebarang amalan khas dalam rutin menjaga anak.

“Ramai kawan-kawan yang sudah bergelar ibu, jadi setiap kali ada masalah saya akan hubungi mereka bertanyakan tip yang sesuai.

“Saya tidak ada amalan spesifik dalam mengurusakan anak. Lebih banyak mengikut nasihat doktor dan ibu tentang apa yang terbaik,” jelasnya.

Walau apa pun cabaran yang datang, saya akan sentiasa rasa tenang setiap kali melihat wajah anak

NEELOFA

USAHAWAN/PENGACARA

Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran Mushaf al-Quran yang berlangsung di Shah Alam pada Isnin.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Pencetus Ummah Harris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac tahun lalu.

Berkongsi tentang majlis tersebut, Neelofa berkata, cetakan al-Quran yang diusahakan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) sangat istimewa buat dirinya.

neelofa 2

Majlis pelancaran Mushaf al-Quran

Al-Quran tersebut bertujuan untuk diwakafkan dan mana-mana pihak yang ingin berbuat demikian boleh membeli secara atas talian.

“Istimewa al-Quran ini kerana kulitnya seperti kiswah sebagai simbolik menjemput lebih ramai orang untuk berwakaf.

“Sudah lama saya berhasrat untuk keluarkan al-Quran sendiri cuma sebelum ini belum jumpa orang yang betul-betul memenuhi kriteria” ujarnya.

Cetakan al-Quran ini mendapat kerjasama Yayasan Restu dan bakal dicetak sebanyak 30 000 naskhah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain