PENYANYI Andi Bernadee berjaya menyahut cabaran peminat dengan mengadakan sesi siaran langsung selama 24 jam sempena pelancaran video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Du. Menurut Andi, 30, siaran langsung menerusi saluran YouTube Andi Bernadee itu dibuat bermula pukul 9 malam Sabtu dan berakhir pada malam Ahad. Berkongsi pengalaman sesi live berkenaan, Andi berkata peminat dapat menyaksikan dirinya melakukan aktiviti harian dan dia juga perlu menyelesaikan beberapa tugasan spontan yang diberikan. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Andi Bernadee ajar BamBam Got7 sebut ‘Mak Kau Hijau’, hanya rakam gurau-gurau... Tak sangka trending! ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee keluar masuk balai polis gara-gara kes songlap duit tak selesai, harap cepat naik mahkamah "Akhirnya selesai jalani 24 jam cabaran live non stop di YouTube saya. Dalam tempoh itu, team saya bagi macam-macam cabaran antaranya bagi makan bawang putih, kena menari, melukis dan tidur dengan baju kelawar. "Memang agak mencabar buat live 24 jam ni sebab saya secara peribadi tak pernah diperhatikan oleh orang ramai macam ni, iyelah sampai tidur pun orang tengok. Saya terjaga pukul 4 pagi pun masih ada penonton di live chat tu. Andi perlu sahut beberapa cabaran disediakan oleh pasukannya. "Walaupun waktu itu dah awal pagi, jumlah tontonan masih ratusan orang... tak tahulah kalau mereka dengar saya berdengkur sepanjang waktu tidur tu. "Sebanyak lima kamera digunakan untuk menjayakan sesi live ini dan ia beroperasi selama 24 jam... saya cuma keluar sekejap daripada kamera untuk mandi dan solat sahaja," katanya kepada mStar. Bagi saya lagu ini antara yang menghadapi paling banyak cabaran dan halangan sebab nak melancarkannya pun kena tunggu hampir dua tahun ANDI BERNADEE PENYANYI Bercakap mengenai pembikinan lagu Du, Andi mengaku banyak cabaran ditempuhi dalam menyiapkan single berkenaan. "Bagi saya lagu ini antara yang menghadapi paling banyak cabaran dan halangan sebab nak melancarkannya pun kena tunggu hampir dua tahun. "Banyak perkara tidak kena. Selepas menghasilkan video muzik lirik, ada masalah lagi. Kita terpaksa padamkan dan muat naik semula selepas 12 jam. Andi muncul lagu baharu berjudul Du. "Bagaimanapun, semua yang terjadi bukanlah salah sesiapa. Saya pun tidak salahkan sesiapa kerana ini adalah pengalaman sebagai seorang anak seni. "Pada asalnya kami bercadang guna judul Du Du Du. Tetapi sudah ada yang melakukannya jadi untuk mengelak keliru, kami pilih Du," katanya. Du adalah singkatan daripada perkataan rindu yang menjadi signifikasi kepada 'kerinduan yang berbalas' yang diangkat sebagai tema untuk karya kali ini. Lagu ciptaan komposer berasal dari Singapura, Alyph ini boleh didengari di semua platform digital sejak 11 Mac lalu, manakala MV pula boleh ditonton pada malam Ahad. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!