IMPIAN Ajoi Zainal untuk meneruskan saingan di pentas akhir Big Stage 2022 tidak kesampaian apabila diumum tersingkir di konsert minggu ketujuh yang bersiaran langsung pada Ahad. Ajoi atau nama sebenarnya, Muhammad Qaidzul Zainal Abidin, 24, menyanyikan lagu Setelah Kau Tiada nyanyian asal Cakra Khan menerima markah 76.10 peratus. ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan macam robot, cepat hilang jiwa... Megat Rahim dan Syafiq Abdilah gagal ke separuh akhir Big Stage 2022 Meskipun Tegar merupakan peserta mendapat markah tercorot daripada juri, namun undian peminat membantu menyelamatkan penyanyi dari Indonesia ini. Ajoi gagal memberi fokus pada malam separuh akhir Big Stage 2022. Menurut juri tetap iaitu Ajai, Ajoi perlu lebih tenang ketika membuat persembahan bagi memastikan fokusnya di atas pentas tidak terganggu. “Awak tak ada masalah banyak sangat cuma kebanyakan saya dengar banyak low note yang tak sampai. “Kamu kena banyakkan bertenang sebelum menyanyi, saya perhatikan semasa awal muzik kamu laju, jadi sinopsis lagu tu lari dan mengganggu emosi nyanyian. “Nyanyian sedap bermula daripada ketenangan, bila dah berdiri di atas pentas maknanya dah tak ada masalah pada baju kamu atau sebagainya,” kata Ajai semasa memberi komen persembahan. Danial Chuer dapat markah tertinggi. Dalam pada itu, tiga peserta menerima markah tertinggi minggu ini ialah Danial Chuer sebanyak 93 peratus, Aisha Retno (87.80%) dan Yazmin Aziz (79.30%). Selain Siti dan Ajai, Big Stage 2022 turut mengundang juri jemputan, Aliff Aziz. Kerusi juri pedas pula diisi oleh pelakon Adlin Aman Ramli dan juri presiden netizen, usahawan Datuk Seri Vida. Awak tak ada masalah banyak sangat cuma kebanyakan saya dengar banyak low note yang tak sampai. AJAI KOMPOSER & JURI TETAP Big Stage 2022 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Konsert minggu ini dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry AlHadad. Tegar terselamat dan mara ke pentas akhir Big Stage 2022. Juara bakal bawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi. Lima peserta yang layak ke pentas akhir pada 27 Mac depan ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin dan Tegar. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!