suria

Azzam Sham terkejut isteri disangka hamil gara-gara baju besar… Anggap doa peminat mahu Sheryl Shazwanie cepat mengandung

Azzam dan Sheryl sudah bersedia menimang cahaya mata sulung.

GARA-GARA foto yang dimuat naik di laman Instagram terlihat seperti baby bump, penyanyi Sheryl Shazwanie disangka kini sedang berbadan dua.

Tampil menjawab persoalan peminat itu, suaminya yang juga pelakon dan penyanyi iaitu Azzam Sham menjelaskan isterinya itu masih belum mengandung dan andaian itu hanyalah berdasarkan foto semata-mata.

"Belum (hamil) lagi. Itulah pelik netizen kata foto tu nampak macam tengah mengandung. Mulanya saya tak sedar tentang perkara itu sampailah sahabat yang bantu kami ambil gambar itu beritahu dah keluar berita.

ARTIKEL BERKAITAN: Azzam Sham dan Sheryl Shazwani sah jadi suami isteri, pilih tarikh cantik langsung hari bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin terbuka kongsi kisah cinta, Azzam Sham tak takut hilang peminat

"Apabila baca laporan portal berkenaan, memang kami terkejut tapi ambil dari sudut positif sahaja, biasalah tu... bila dah kahwin mesti orang tanya bila nak ada anak pula. Itu bagi saya perkara biasa," katanya kepada mStar.

Pada Jumaat lalu, foto terbaharu Sheryl bersama Azzam mendapat perhatian pengikut laman sosial apabila kelihatan seperti dia sedang hamil.

azzam 3

Azzam beritahu isterinya masih belum hamil.

Foto yang dikongsikan di akaun Instagram Sheryl, 25, itu dihujani banyak komen yang mendakwa ternampak baby bump.

Sheryl kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dan memohon peminat mendoakan agar mereka segera dikurniakan cahaya mata.

Kalau ada berita gembira itu nanti, saya pasti akan maklumkan kepada semua

AZZAM SHAM

PENYANYI/ PELAKON

Sementara itu, Azzam berkata dia tidak tertekan dengan soalan mengenai cahaya mata kerana menganggap komen netizen itu merupakan salah satu bentuk doa untuk mereka.

"Saya tak tertekan dengan soalan itu, bagi saya kalau mereka cakap begitu pun adalah satu doa, mungkin masanya akan tiba tak lama lagi, InsyaAllah kalau ada rezeki.

azzam 2

Azzam berkolaborasi bersama Yassin dalam lagu nyanyian semula Nur Kasih.

"Kami pun tak merancang, saya pun sentiasa bersedia. Kalau rezeki sampai awal pun kami okay sahaja.

"Kalau ada berita gembira itu nanti, saya pasti akan maklumkan kepada semua," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Baby Bambam ini sedang menjalani penggambaran drama Tukul Mersing yang akan ditayangkan di TV3 selepas hari raya Aidilfitri.

Dia juga bakal muncul dengan single duet bersama Sheryl Shazwanie tidak lama lagi.

Selain itu, Azzam berkolaborasi bersama Yassin menyanyikan semula lagu Nur Kasih yang akan dilancarkan sempena Ramadan ini.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor pada 1 Januari lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain