SELEPAS memadam sedutan babak panas dalam drama Perempuan Itu yang dimuat naik di Instagram pada malam Jumaat, pelakon Zul Ariffin berkongsi pula video dia bertepuk tangan. Bersama video terbaharu yang dimuat naik pada pagi Sabtu itu, Zul turut menulis kapsyen kembali bekerja seolah-olah tiada apa yang berlaku membabitkan dirinya. "Back to work," tulis Zul. ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam filem lucah! Zul Ariffin ‘upload’ aksi panas... Netizen kata tak sesuai jadi drama Ramadan ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin macho sangat, Iqbal jadi gugup nak habiskan skrip... Baru sedar ada bakat berlakon Bagaimanapun, netizen masih belum berpuas hati dan berterusan meninggalkan komen kecaman dan nasihat menerusi perkongsian terbaharu pelakon berusia 35 tahun itu. Selain rasa kurang senang dengan aksi yang dilakonkan oleh Zul bersama pelakon baharu, Siti Hariesa dalam drama berkenaan, netizen turut mempersoalkan tindakannya memadam video yang sudah menerima lebih sejuta tontonan itu. Zul masih belum mengulas mengenai babak lakonannya itu. "Asal delete, takut ke? Baru kena sikit je tu! "Mana video tadi? Dah delete ke? Alhamdulillah dah dapat kesedaran. "Harap cerita tu tak tayang terus! Sepatutnya simpan sikit rasa malu bila diarahkan melakonkan aksi macam tu... Tapi ni dengan bangga promosikan adegan jijik lucah macam tu," tulis netizen pada ruangan komen. Netizen kecam babak panas Zul dalam drama tersebut. Sebelum itu, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan pada malam Jumaat. Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini. Selain itu, babak menghairahkan menunjukkan pelakon wanita itu menyuap ‘whipped cream’ ke mulut Zul sebelum menghabiskannya seolah-olah aksi dalam filem lucah. TONTON VIDEO ZUL ARIFFIN TEPUK TANGAN INI! View this post on Instagram A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) Lebih menimbulkan kemarahan apabila drama terbitan penerbit Erma Fatima itu difahamkan bakal ditayangkan pada Ramadan ini. Gara-gara aksi itu, nama Zul Ariffin dan Erma Fatima menjadi trending di Twitter. Usaha mStar untuk mendapat penjelasan mereka yang terlibat dalam drama ini masih belum berjaya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!