DUA tahun berpisah, pelakon Keith Foo masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas isteri Kim Raymond. Kata Keith, mereka menjalani hubungan sebagai sahabat lebih baik berbanding ketika bergelar suami isteri. ARTIKEL BERKAITAN: Keith Foo sahkan sudah bercerai Disember lalu - “Perkahwinan tidak boleh dipaksa” ARTIKEL BERKAITAN: Jalin hubungan baik selepas berpisah, Keith Foo tak terfikir kembali dengan bekas isteri - “Saya tumpang gembira dia sudah ada pengganti” “Lebih baik hubungan kami begini. Kami lebih serasi sebagai sahabat. “Kami pernah cuba bercinta ketika menjadi suami isteri, tetapi hubungan itu tidak bertahan lama. “Kami menjadi sahabat baik demi anak. Saya sendiri tak mahu anak membesar dan melihat kami sering bergaduh,” katanya kepada mStar. Keith belum sedia cari cinta baharu Sementara itu, ditanya sama ada peluang untuk kembali bersama, Keith berkata, ia tidak mungkin terjadi. Dalam pada itu, pelakon drama Ariana Rose ini juga memberitahu belum masa yang sesuai untuk kembali bercinta dengan mana-mana wanita. Rasanya sekarang belum tiba masa untuk saya bercinta KEITH FOO PELAKON “Tak mungkin saya dan Kim akan kembali bersama. Seperti saya katakan kami lebih elok sebagai sahabat. “Rasanya sekarang belum tiba masa untuk saya bercinta. “Tunggulah dahulu sehingga anak kami boleh faham situasi sebenar,” jelasnya. Keith dan Kim berkahwin pada November 2015 dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Skylar Raymnod Foo yang kini berusia lima tahun. Pasangan ini berpisah pada Disember 2019. Keith dan Wanna Ali dalam Autumn In Wales Keith ditemui ketika majlis tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Autumn In Wales yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat. Selain Keith, filem ini turut menampilkan pelakon lain seperti Jaa Suzuran, Eyka Farhana dan Wanna Ali. Filem arahan Rahila Ali ini bakal ditayangkan di Astro First bermula 24 Mac. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!