PERTAMA kali berjauhan dalam tempoh yang lama, penyanyi Tegar Septian berkata dia sentiasa memastikan sentiasa menghubungi isteri dan anaknya di Indonesia. Mengakui sangat merindui isteri dan anak, namun penyanyi 21 tahun itu terpaksa kuatkan semangat bagi meneruskan perjuangannya di pentas Big Stage 2022. ARTIKEL BERKAITAN: Tegar Septian wakil Indonesia antara 11 peserta Big Stage 2022 ARTIKEL BERKAITAN: Tegar sertai Big Stage 2022 demi ubah hidup keluarga, terpaksa tinggal isteri dan anak usia 2 tahun di Indonesia "Isteri dan anak saya berada di Indonesia. Tetapi selalu sahaja memberikan saya semangat walaupun berada jauh. Saya selalu telefon mereka, hari-hari. Tegar sentiasa menghubungi isterinya untuk bertanya khabar. "Tak terhitung berapa kali sehari saya akan bercakap dengan mereka. Kalau nak tahu, ini adalah tempoh yang paling lama saya berjauhan dengan mereka. "Rindu memang rindu. Tetapi, saya ada perjuangan yang harus diselesaikan di Big Stage 2022. Saya juga tak mahu larut dalam perasaan sedih sebab berjauhan dengan mereka. "Saya perlu fokus dengan persembahan pada setiap minggu. Lagi pula ini sebuah pertandingan," katanya kepada mStar. Berkongsi mengenai keletah anaknya, Abidzar Oktaviano Putra Septian, kata Tegar, anak lelakinya banyak mengikut perangainya seperti berjaga lewat malam selain sukakan muzik. Saya juga tak mahu larut dalam perasaan sedih sebab berjauhan dengan mereka. TEGAR SEPTIAN PENYANYI "Sebagai bapa, saya lihat, anak saya itu sudah mula ikut ciri-ciri saya sedikit. Dia suka muzik. Malah, suka bergadang (berjaga lewat). "Waktu tidur dia pula ada kala pukul 2 atau 3 pagi. Eh, mengikut saya pula. Tapi bagusnya, anak saya ini seorang yang cepat tangkap, cepat belajar," ujarnya. Sementara itu, Tegar memberitahu dia sememangnya mempunyai hasrat untuk membawa keluarga kecilnya itu ke Malaysia sekiranya berjaya melangkah ke final Big Stage. Tegar ada niat nak bawa keluarga datang Malaysia. "Insya-Allah, selepas ini, ada juga saya merancang untuk bawa mereka ke sini jika ada rezeki meneruskan kerja muzik di sini," katanya. Untuk info, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Sarah Sheilka pada Mac 2020. Pasangan itu juga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!