VIDEO tular memperlihatkan aksi Kak Long berlakon gaya tempang dan herot seperti orang kelainan upaya (OKU) terus menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial. Aksi spontan Kak Long atau Wan Nor Baizura itu dilihat seolah-olah mempermainkan golongan OKU dan tidak sensitif dengan masyarakat sekeliling. Tampil mewakili suara OKU di Malaysia, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi menyelar tindakan keji yang dilakukan oleh usahawan berasal daripada Terengganu itu. ARTIKEL BERKAITAN: Jalan tempang macam cacat selepas selesai rakaman TV, Kak Long bersumpah demi Allah tiada niat persenda OKU ARTIKEL BERKAITAN: Ras Adiba, keluarga tunggu keputusan saringan selepas adik disahkan positif Covid-19 Beliau turut menuntut Kak Long membuat permohonan maaf secara terbuka dan melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran. "Hangat di media sosial perbuatan keji seorang wanita yang telah mempersendakan komuniti OKU di Malaysia. Kami OKU amat kecewa dan marah dengan tindakan sesetengah individu yang sentiasa melakukan perbuatan seperti ini. Ras Adiba kongsi luahan rasa kurang senang tindakan Kak Long menerusi Instagram. "Saya menyeru agar individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka serta melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran kepada beliau dan orang lain. Berlakon seperti OKU bukan modal untuk membuat kandungan (content) dan menjadi terkenal di media sosial. "Saya harap semua pihak dapat menjaga sensitiviti dan hormat kepada OKU kerana kita semua seharusnya ingat bahawa satu hari semua akan menjadi OKU," katanya pada Khamis. Kita perlu pastikan bahawa menghina OKU bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan tidak boleh diperkotak-katikkan kerana kami OKU RAS ADIBA RADZI AHLI DEWAN NEGARA Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral berkongsi luahan kesalnya itu menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Instagram pada Khamis. Dalam pada itu, Ras Adiba berkata penghinaan terhadap OKU ini dilihat kerap berlaku dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya kerana kelemahan undang-undang sedia ada. Kak Long nafi hina OKU. "Perkara sebegini bukan kali pertama berlaku, malah sejak kebekalangan ini telah pun ada beberapa isu mempersenda OKU yang kerap berlaku. Penguatkuasaan AKTA OKU 2008 yang rapuh dan lemah telah menyebabkan ramai di luar sana terus menerus mempersenda dan mendiskriminasi komuniti OKU. "Sudah hampir tiga tahun sejak mengumumkan cadangan pindaan Akta OKU 2008 tetapi sehingga saat ini pindaan akta ini tidak dibentangkan di Parlimen Malaysia. "Saya menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menyegerakan pindaan Akta OKU 2008 dengan menitikberatkan aspek perlindungan dan keselamatan melalui penguatkuasaan undang-undang," ujarnya. Sementara itu, Ras Adiba turut menyeru persatuan OKU untuk segera membuat laporan polis jika terdapat mana-mana pihak melakukan penghinaan atau mempersendakan komuniti mereka. "Saya menyeru semua persatuan dan pertubuhan OKU di luar sana untuk melakukan laporan polis terhadap individu berkenaan supaya tindakan dapat diambil mengikut lunas undang- undang. "Saya memohon kerajaan untuk meminda Akta 588 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan memasukkan hukuman yang lebih berat supaya tindakan mengaibkan orang khususnya OKU tidak dilakukan. "Kita perlu pastikan bahawa menghina OKU bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan tidak boleh diperkotak-katikkan kerana kami OKU. Kami mempunyai perasaan, kehendak dan maruah. Jadi ini mesti dihentikan," katanya. Sebelum ini, nama Kak Long menjadi sebutan netizen di laman sosial selepas tular video amukan di kedai serbaneka 7Eleven dan restoran makanan segera KFC. Pada Isnin lalu, wanita berusia 34 tahun itu teruk dikecam selepas dijemput menghadiri rakaman sebuah program di stesen TV Al Hijrah. Belum pun reda isu berkenaan, dia sekali lagi dikecam kerana melakonkan gaya tempang dan herot seperti OKU. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!