suria

[VIDEO] Ustaz Kazim kena kecam teruk, dituduh tak simpati kematian Tangmo… Tegur sebab syirik, datuk gatal pun orang mengata!

Ustaz Kazim tegur netizen yang berlebihan bercerita mengenai kematian Tangmo Nida.

TINDAKAN penceramah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias menegur sikap segelintir pihak yang berlebihan dalam memberi perhatian mengenai kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial.

Gara-gara teguran itu, Ustaz Kazim berkata dia menerima kecaman hebat netizen sehingga ada yang menuduhnya tiada rasa simpati atas kematian aktres berkenaan.

Tampil menjelaskan maksud ceramahnya itu, Ustaz Kazim, 49, memberitahu dia bersuara mengenai isu ini kerana ada segelintir mereka mempercayai beberapa perkara yang boleh menjerumus ke arah menyekutukan Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucap RIP pun tak boleh! Pendakwah tegur peminat Muslim taksub kes Tangmo Nida sampai masuk mimpi

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga serah ‘baju terakhir’ Tangmo Nida, proses solek mayat sukar

"Saya nampak kita dah berlebih-lebihan, itu sebab saya tegur. Memang la kita simpati, memang la kita kasihan dengan apa yang berlaku tapi melampau-lampau sampai jadi penyiasat persendirian, leka dalam kesamaran.

"Kedua saya tegur sebab sampai ada percaya satu bomoh perempuan yang dirasuk roh si mati kononnya. Fasal apa kita nak percaya, benda tu syirik! Itu sebab saya tegur... dah orang hentam saya bertalu-talu dan kata tak ada simpati. Siapa yang tak simpati?

kazim 2

Ustaz Kazim terpaksa tegur dalam ceramah.

"Kita ada simpati, tapi nak doakan keampunan dia tak boleh, dia bukan agama kita. Nak doakan Allah cucuri rahmat ke atas dia pun tak boleh, dia bukan Islam... hanya ucap takziah sajalah kepada keluarga dia," katanya.

Ustaz Kazim menjelaskan mengenai perkara itu menerusi rakaman pendek siri ceramahnya yang dimuat naik di Instagram pada Khamis.

Kita tuduh orang sana, orang sini... sampai tak masak kerana menangis, itu yang saya tanya yang meninggal ini anak saudara kamu ke menangis teruk sangat?

USTAZ KAZIM ELIAS

PENCERAMAH BEBAS

Sebelum ini, menerusi ceramah berlainan Ustaz Kazim berkata ada banyak lagi perkara lain yang boleh dibincangkan selain kes kematian Tangmo, tambahan pula umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi.

Bagaimanapun teguran itu kurang disenangi dan menjadi perdebatan netizen yang menganggap Ustaz Kazim tidak berperikemanusiaan dan tiada rasa simpati terhadap kes kematian aktres berusia 38 tahun itu.

"Kita tuduh orang sana, orang sini... sampai tak masak kerana menangis, itu yang saya tanya yang meninggal ini anak saudara kamu ke menangis teruk sangat?

tangmo kazim

Kematian Tangmo jadi perbualan hangat netizen di Malaysia.

"Sampai suami tulis (status) wahai isteriku, ku rindu masakanmu. Fasal tak masak duk bincang kes pembunuhan ini. Kita pun tak tahu cerita sebenar duduk diam sahaja sudah,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Ustaz Kazim berkata ada beberapa nama selebriti tempatan yang tiada kena mengena dengan kes kematian ini turut menjadi perbualan netizen di laman sosial.

Ini selepas timbul beberapa cadangan mahu menerbitkan filem mengenai kematian Tangmo Nida.

TONTON VIDEO CERAMAH INI!



"Kemudian boleh pula bagi cadangan nak buat filem, cari pelakon siapa yang sama muka. Siapa nak jadi mangsa, pembantu dia, bekas suami dia, kekasih dia dan siapa jadi datuk gatal tu.

"Akhirnya orang duk kutuk pula nama (pelakon) cadangan datuk gatal tu. Tak fasal-fasal kita berdosa pula dengan hamba Allah itu. Adakah kita saja-saja nak tambah dosa free?

"Memadailah kita serahkan pada pihak berkuasa negara mereka. Pandai-pandai la mereka, kita duduk negeri lain," katanya.

Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas hilang pada 26 Februari selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain