KECEWA dengan komen sinis orang yang tidak percaya dengan bakatnya, primadona Fauziah Ahmad Daud tampil membuktikan keupayaannya sebagai pengarah menerusi sebuah filem pendek berjudul Asrar. Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, 60, juga mengambil kesempatan itu untuk menepis persepsi segelintir pihak yang mendakwa sukar untuk bekerja dengannya. ARTIKEL BERKAITAN: Ogy Ahmad Daud ‘berbulu’ sikap pelakon baharu kuat merajuk, tak boleh ditegur - “Saya tak tergugat... level saya dah lain” ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Ahmad Daud alami trauma, demam seminggu selepas diarah masuk dalam peti mayat HKL “Selama saya dalam bidang ini, saya rasa kecewa dengan budaya kerja pihak belakang tabir yang tidak betul. “Mereka tidak faham skop sebenar dan tanggungjawab kerja selain tiada daya pemikiran kritis untuk melakukan sesuatu kerja dengan cepat. Bersama barisan pelakon Asrar yang juga merupakan anak didiknya. “Selama ini orang juga tidak percaya saya boleh menjadi pengarah dan ada mulut-mulut yang katakan susah bekerja dengan saya sehingga orang lain tidak mahu memberi kerjasama dengan saya,” katanya kepada mStar. Ogy ditemui ketika majlis pratonton filem pendeknya itu yang berlangsung di Wisma Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada Rabu. Sebagai seorang pengarah, Ogy berharap dia dapat memberi didikan supaya semua tenaga produksi dapat melakukan kerja seperti mana sepatutnya. Saya berani bersuara sebab saya pernah bekerja dengan orang hebat seperti Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin. FAUZIAH AHMAD DAUD PELAKON/PENGARAH “Saya mahu didik mereka tentang apa sebenarnya budaya kerja yang betul. “Cara kerja kita sekarang seperti sudah songsang. Bagaimana filem kita hendak maju? “Saya mahu betulkan ‘urat saraf’ yang telah berserabut. “Saya berani bersuara sebab saya pernah bekerja dengan orang hebat seperti Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin,” jelasnya. Majlis pratonton filem pendek Asrar yang berlangsung pada Rabu. Dalam karyanya ini, Ogy turut bekerjasama dengan tenaga produksi yang rata-rata merupakan pelajar daripada bengkel lakonan kelolaannya sekitar November tahun lalu. Filem Asrar boleh ditonton menerusi pembelian khas secara atas talian di laman web rasmi Ogy Venture & Network. Skrip filem ini ditulis oleh Slen Fadzil dan ia merupakan garapan dari cerpen terbitan DBP hasil tulisan Baharuddin Kahar berjudul Terima Kasih, Tuhanku. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!