suria

Remy Ishak belum sedia timang anak, takut ‘terkenan’ watak benci kanak-kanak... Bertenang dulu sehingga habis drama

Remy belum sedia ada anak kerana takut nanti terbawa-bawa Zafran yang panas baran.

MEMBAWA watak sebagai Zafran iaitu seorang lelaki panas baran dan tidak suka dengan anak kecil membuatkan Remy Ishak bimbang jika sikap tersebut melekat pada dirinya apabila bergelar bapa.

Kata Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, 40, dia juga percaya dengan kata-kata 'terkenan' seperti yang selalu disebutkan dalam kalangan masyarakat Melayu.

"Bimbang juga isteri saya hamil dalam tempoh saya membawakan watak dalam drama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ada yang patah hati tolong maafkan saya” - Remy Ishak janji terus hiburkan peminat walaupun sudah berstatus suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: Lima bulan berkahwin, Remy Ishak mula fikir soal anak

"Saya takut nanti terbawa-bawa dalam diri sendiri kerana Zafran selalu melontarkan dialog marah dan tidak suka kepada seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU).

"Sebelum ini saya tidak percaya kalau orang bercakap tentang terkenan, tetapi apabila sering berlaku dan melihat sendiri saya tahu perkara itu boleh terjadi," katanya kepada mStar.

Remy bekata demikian ketika sidang media mempromosikan drama terbaharu berjudul Jangan Menangis Cinta yang dijalankan secara atas talian pada Rabu.

DSAD

Remy Ishak bimbang jika sikap panas baran melekat pada dirinya apabila bergelar bapa.

Awal bulan lalu tular gambar isteri Remy iaitu usahawan Roszaliza Yusoff atau Ezza yang dikatakan sedang hamil.

Bercakap tentang hal tersebut, Remy memberitahu masih belum ada rezeki buat mereka menimang cahaya mata sekarang ini.

"Mungkin orang salah pandang dan kerana baju yang isteri saya pakai itu besar dikatakan dia sedang hamil.

Bertenanglah dahulu.. sementara pegang watak Zafran ini biarlah tidak ada anak lagi

REMY ISHAK

PELAKON

"Kami masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sekarang ini.

"Bertenanglah dahulu.. sementara pegang watak Zafran ini biarlah tidak ada anak lagi," ujarnya.

Semenatara itu, Remy turut berkongsi harapan agar drama lakonannya kali ini mendapat sambutan hangat kerana memaparkan jalan cerita yang berbeza.

11

Remy dan Ezza disatukan sebagai suami isteri pada 21 Ogos lalu.

"Saya harap drama ini akan jadi satu fenomena.

"Daripada aspek pemilihan pelakon, pengarah dan penulis skrip semuanya sangat tepat. Jadi ia sebuah karya yang bagus.

"Saya tahu orang akan benci watak Zafran dalam drama ini," jelasnya.

Drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah ini akan mula bersiaran pada 21 Mac ini di saluran Astro Ria.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain