KONTROVERSI babak panas pelakon Zul Ariffin dengan Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu bukan sahaja menjadi perbualan hangat netizen, malah turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad. Terkejut hingga menarik nafas panjang apabila mengetahui drama berkenaan bakal ditayangkan pada bulan Ramadan ini, Idris mengakui bimbang jika hiburan yang dipersembahkan kepada penonton itu melampaui batas agama. "Hela nafas panjang saya. Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur. Hiburan tidak dihalang dalam Islam. ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam bertubi-tubi, Zul Ariffin padam babak panas... Kongsi pula video berdiri sambil tepuk tangan ARTIKEL BERKAITAN: Babak panas Zul Ariffin mungkin tak tayang di TV, hanya untuk publisiti... Pengarah minta henti kecam Erma Fatima "Namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat. "Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati," katanya. Babak panas lakonan Zul Ariffin undang rasa kurang senang netizen. Idris membuat teguran tersebut menerusi laman Facebook rasminya pada Sabtu. Dalam pada itu, beliau sendiri memberitahu akan menghubungi pihak terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah. Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah IDRIS AHMAD MENTERI HAL EHWAL AGAMA Beliau turut menasihati umat Islam untuk mempersiapkan diri dengan amal ibadah menjelang menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi. "Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah. Nama Zul Ariffin dan penerbit Erma Fatima trending di Twitter. "Dalam masa yang sama, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT. "Persiapkan diri, pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling kita agar memeriahkan Ramadan dengan penuh pengharapan dan keinsafan. Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela. Moga Allah terus memimpin kita," ujarnya. Pada malam Jumaat, Zul Ariffin berkongsi sedutan babak panas lakonannya menerusi drama Perempuan Itu menerusi laman Instagram. Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini. Selain itu, babak menghairahkan menunjukkan pelakon wanita itu menyuap ‘whipped cream’ ke mulut Zul sebelum menghabiskannya seolah-olah aksi dalam filem lucah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!